Thursday, 26 April 2012

kasih ku pada mu mekar bagai seladang mawar merah cintaku padamu xkan hilang walaupun di hempas badaiaku akan terus disini...setia pada janji kitawalaupun ribut melanda aku akan terus disini...biarlah hari berganti hariaku kan sentiasa disamping mubiarlah malam lambat ke pagiaku kan lena di pelukan mu...biarlah awam berganti hujanaku kan setia disamping mubiar merana biar derita....kau lah satu kasih ku...



bilaku terkenangkan dirimu
hatiku bergelora cuba ingin tahu
apakah "dia" rahsia disebalik hatimu
membuat dirimu derita kalbu...

ceritamu mungkin kan menjadi ceritaku
deritamu mungkin kan menjadi deritaku
wahai teman hendaklah dikau tahu
sesungguhnya aku amat rindu dan sayang padamu...

sepantas bicara tutur katamu
sepantas itu jua lah berdegup jantungku
pabila aku terdengar kelunakan suaramu
yang sentiasa menjadi sumber inspirasiku...

glitter-graphics.com

Sunday, 22 April 2012


PERJALANAN
ku teruskan perjalanan hidup ku
walau ada seribu simpang di depan ku
ku tinggalkan segala derita
demi sebuah bahagia yg sering ku dambarkan
aku hadapi segalanya walau
hancur jiwaku demi kasih suci ini
aku kekadang lemah bagaikan pasir terbuang di pantai
di dalam perjalanan ini ku kutipsegala cintamu....
ku simpan teguh dihatiku
ku cantumkan rindu mu yang retak
ku kalungkan di hati mu tanda setia ku
namun perjalanan ini harus ku teruskan....


glitter-graphics.com

Saturday, 21 April 2012


kini aku sendirian,
menghitung hari-hari yg telah ku lalui,
mengenang diri yg kini sepi...
sepi tanpa riuh kata-kata cinta,
sepi tanpa cinta yg telah kau berikan dulu...
kini...
aku cuba mencari kedamaian jiwa,
jiwa kosong kehilangan cinta,
jiwa yg paras atas ketiadaan
ungkapan rindu dan cinta yg lari
dari kehidupan ini...
apa yg pasti...
sepi itu akan sentiasa mengulit
diri yg kerdil ini,
dan yg pasti,rindu itu tetap pasti
menghantui diri ini...



       Ketika kita sedih..
  ketika itulah kita mengerti
     nikmat kebahagiaan..
        ketika kita sakit..
   ketika itulah kita merasai
      nikmatnya kesihatan..
ketika kita sunyi tanpa teman..
     ketika itulah kita tahu
      betapa berharganya
     sebuah persahabatan..
                 dan..
  ketika kita menutup mata
    untuk selama-lamanya..
   ketika itulah kita tahu
nikmatnya sebuah kehidupan

Wednesday, 18 April 2012

Cinta adalah unsur yang membahagiakan orang yang melalui di dalam
kehidupan seseorang....


Ada kalanya cinta yang dirasakan amat tinggi nilainya...Merasakan indah
dan bahagia,,,kerana ikhlasnya menerima hakikat sesebuah percintaan...


Walau kadang cinta yang hadir,tidak dia memiliki diri dan empunya hati 
yang membuatnya bahagia...


Tapi kerana ikhlasnya cinta yang dikunjung itu ada..membuatnya dia
bahagia walau cinta itu bukan ditakdirkan bersama
...Hidup ini susah kita nak duga...kadang kala kita
rasa dekat dengan seseorang tu....tapi sebenarnya
jauhh.walaupun kita dapat gengam tangan dia.
belum tentu hati dia kita dapat selami.mungkin kita
boleh buat dia ketawa tapi kita tak tahu apa makna
senyumannya.Bila dia menangis,kita sangka kita dapat
memujuknya...walaupun kehadiran kita langsung tak 
disenangi,rencah dunia,kita takkan tahu siapa kawan
dan lawan sehingga sampai saat kita jatuh tersungkur
adakah tangan dihulurkan atau kita ditinggalkan....

Semoga allah merahmati kita semua......

Saturday, 14 April 2012

Mungkin aku susah dan tak mampu untuk menerima kenyataan bahawa ada orang lain yang mampu memberi kau kebahagian lebih daripada aku. mungkin susah untuk aku move on bile kau temui kebahagian dengan orang yang merampas kebahagian tu daripada aku...walau mcm  mane pun..kau tetap dlm ingatan ku....sampai ke akhir hayat ku...
saya tetap akan tersenyum walau hati saya mahu menangis...
saya tetap tertawa walau hati saya hancur remuk....
saya tetap bersabar walau masalah menghantui saya...
saya tetap berdiri disini walau semuanya membenci saya.....
sebab saya yakin ALLAH sentiasa ada d sisi saya....
‎-Aku belajar melupakan seseorang yg melupakan aku...
-Aku belajar memaafkan semua orang yg menyakiti aku...
-Aku belajar utk menjadi yg terbaik utk org yg aku sayangi..
-ttpi,ssuatu yg tak bisa aku pelajari iaitu,
"harus belajar TERSENYUM disaat org yang aku sayangi MENYAYANGI org lain... :(
‎>> DEFINISI CINTA..<<

✿~ Indahnya cinta jika BERPAKSIKAN kepada yang Esa..
✿~ Indahnya cinta jika DICURAHKAN kepada Baginda(Rasulullah)..
✿~ Indahnya cinta jika IBUBAPA dibelai MESRA..
✿~ Indahnya cinta jika tidak DINODAI dengan DOSA..
✿~ Indahnya cinta jika tidak TERKORBANNYA MARUAH yang BERHARGA..
✿~ Indahnya cinta jika diakhiri dengan PERNIKAHAN yang sejahtera..

p/s : Demi membina mahligai CINTA yang DIREDHAI olehNya..segalanya bermula dari Dia..♥♥
hurmmm.....
boringnye aku mlm ni..bile dah boring,mari lalu mood bodo..hohoho
tibe2 je teringat pada kenagan lame..teringat saat2 bersama dgn dia...
aku rindu sgt kat ex gf aku...merindui pd yg bkan milik aku lgi..
sungguh myakitkan...aku akui dlm hati ni...masih ada rasa syg kat dia,
masih xdpt nak lupakan dia,walaupon aku dah berusaha nak lupakan dia.
tp semakin aku cuba lupakn.,semakin kuat ingatan aku kat dia...
kenagan terindah bersama dgn dia,selalu mhantui hidup aku......
sampai bile la aku nak rase semua benda ni...pdahal dia bkn milik aku lg..
knp aku perlu lg sayang,rindu pada org yg telah tggalkan aku? dia skrg 
pon hidpu hepY je...aku ni jer yg masih sedih2...adesss.... 
ahhhhhh!!!malas aku nak crta byak2..kpale masuk air suda...huhuhu.. 
ZZZZzzzzzzzzzzzz....No women no cry.no boy no babY...hahhaha..



Friday, 13 April 2012


ingin sekeras petir kuteriak
agar sesak didadaku lenyap
hilang secepat cahaya kilat


inginku menangis sederas hujan
agar hanyut peritnya hatiku
terbawa arus kecewa


hai angin yang kecang
dengarkanlah rintihan hatiku
apa salah dan dosaku
hingga kekasihku memilih dia
Jika kita benar-benar SAYANGKAN seseorang ♥
Maka biarkan org itu pergi dgn kebahagiaanya ..

Sy doakan supaya suatu hri nnti awk akan temui apa yang awak cari..
Supaya suatu hri nanti awk akan mmahami apa erti SAYANG sebenar..
Spya suatu hri nanti,awk akn dpt mngtahui,bgaimana trlalu SAYANG seseorang, 
dan smga awk xkan pernah trlewat utk mnghrgainya .. :)

ciri-ciri lelaki dayus.....aku tak nak jadi lelaki dayus...hehehe


Secara mudahnya cuba kita lihat apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout).

Thursday, 12 April 2012

                                               
                                                      ni la aku.......hehehheh  

Wednesday, 11 April 2012

Awk jodoh itu rαhsiα ALLAH . .
☻♥☻
/█\/█\ 
.||.||.
SEKUAT mnα αwk SETIA . .
SEHEBAT mnα αwk MERANCANG . .
SEJAUH mnα αwk MENUNGGU . .
SEKERAS mnα αwk BERSABAR . .
SEJUJUR mnα αwk MENERIMA SAYA . .
Jik αALLAH Tidαk Menulis Jodoh Kitα Bersαmα..
Kitα Tetαp Tidαk Akαn Bersαmα. :(
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka
Terkadang terasa ingin
Dicintai dan mencintai
Fitrah setiap makhluk
Dicipta berpasang-pasangan
Masakan ada bumi, tanpa langit
Masakan hadirnya siang, tanpa malam
Masakan Adam gembira, tanpa kehadiran hawa.

Namun ia hanya sementara
Lumrah alam
Cinta manusia, akan pergi
Cinta bunga, akan layu
Hanya cinta ALLAH yang hakiki

Namun..
Kita tetap berdegil
Merebut cinta manusia
Ghairah mendamba cinta dari bunga
Tetapi hambar..dalam meraih cinta ALLAH.

Walau kita sedar ia bisa mematahkan jiwa
Walau kita tahu ia bisa mengguris luka
Walau kita pasti kekecewaan pasti ada

Namun..
Kedegilan mengatasi segala
Kita rela menjerumuskan diri di lembah cinta
Kita rela menjadi hamba cinta dari mendamba kasih Ilahi
Kita rela disakiti demi kebahagiaan sekelip mata
Kita rela membina kebahagiaan dari kesengsaraan insan lain.

Demi cinta..
Betapa daifnya kita
Betapa kita tidak mampu memahami sebenar..erti cinta
Betapa kerdilnya kita..mencari cinta sejati lagi hakiki

Wahai cinta agung..
Bilakah diri ini mahu diketuk?
Ya Allah, kurniakan cintaku pada Mu
Melebihi segala cinta yang ada di dunia ini.
Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Chat BoX


Try the Relay App: free SMS and GIF chat for iPhone.